Saturday, February 26, 2011

Cukup cintai dia dalam diam

Cukup cintai dia dalam diam..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

 
 Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..



".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 ).

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


Yakinlah bahawa PILIHAN ALLAH adalah PLIHAN YANG TERBAIK

*saya copy dan edit dari Fesbuk,kredit tu Arif Ashadi~=)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

ReEnApPLe said...

betul3... senyap3 sudaaa.. heheh

budakcomey said...

seriously, u bukan je jd chefWAN tp sasteraWAN kut....lepas ni pe lak?
ntah2 jutaWAN...haha....:))