Thursday, February 17, 2011

rahsia resepi Chef Wan masak

salam.kalau korang selalu baca blog saya ini,masih ingat lagi x,tentang masakan mee goreng udang.ha,sebenarnya ada kat entry itu ada blogger nama afifah bertanya saya tentang resepi nya.saya segan-segan nak bagi.yela,kadang-kadang saya main campak-campak apa yang saya rasa sesuai untuk dimasak.

antara bahan-bahan diperlukan ialah:
  1. mee kuning
  2. udang
  3. bawang besar
  4. bawang putih
  5. cili kering
  6. sos spagetthi
  7. garam
  8. sayur
  9. gula
  10. air masak
ha,itu aje kot!..tapi,bawang itu kalu boleh dilumatkan la,tapi,kan saya kata xda blender,lesung batu semua.so,saya buat hari tuh,saya potong kecik-kecik.dan saya tarukkan dalam mug.saya hancurkan dengan sudip kayu..kira ganas la sket .hihi..itu aje cara yang saya ada.macam cili boh pun sama.saya beli yang cili kering.rebuskan kasi panas,mendidih atas dapur.

bila dah lembut,saya angkat,then tarukkan dalam mug,pastu hancurkan dengan sudip kayu setakat mampu.pastu,nak kasi tahan lama cili yang buatan sendiri tuh,taruk la garam sket.baru tahan lama sket kalau nak simpan dalam peti ais.

pastu,panaskan minyak tarukla semuanya.bawang,cili yang telah dilumatkan tadi.walaupun x berapa nak lumat..haha.maafla,saya kan suka reka masak-masak ni.kalu xmau tiru takpe.dah sebab ada orang tanya.haha

then,bila dah naik bau,tarukla gula,garam.then,masukkan air masak.kacau-kacau,then masukkan sos spagetthi..haha~kalu xda pun xpe,sebab saya sini,xda sos tomato.saya guna apa yang saya nampak atas rak tuh..hihi.pastu masukkan air sedikit,pastu masukkan udang la..kacau sampai macam masak tuh,baru masukkan mee kuning..lastly,sayur sket.huhu.so,siap!!~

mudah aje.ala,tapi,saya nak mintak maafla kalau resepi ini salah.haha..kan saya suka main campak apa-apa yang dirasakan sesuai..hihi.tapi,xsangka pulak ada orang nak mintak resepi.malu sangat taw..=(..
 takpelah,saya tolong setakat mampu..huhu.

tapi,yang paling penting,memasak ini kena ikhlas.kalau x ikhlas,x sedap,xrasa apa-apa.sebab air tangan itulah mengalir dari hati kedalam masakan.sebab itulah air tangan ibu sedap kalu masak sebab mengalirnya kasih sayang semulajadi..=)..apa-apa pun,sebelum mula masak,baca bismillah..sambil basuh udang ke,sayur ke,apa-apalah banyakkan berselawat.mudah-mudahan dapat berkat dari Nya.tapi,yang pasti YAKIN kena ada taw.jangan takot nak duduk dapur.kalau x,macamne nak tarik hati bakal suami nanti..huahua..sekian.=)

-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

Nurul Afifah Addnan said...

senang je kak.!! nak buat la..nak eksen kat ayah...winkwink.

syAfA said...

haah!..memang senang aje ..=))
selamat mencuba k.=)