Tuesday, February 22, 2011

macamne kami boleh masak guna bahan yang terhad.

salam..selamat pagi waktu malaysia!..hihi.sekarang ini,saya mahu berkongsi macamne saya boleh memasak di perantauan dengan bahan-bahan yang saya guna.saya buat entry ini,sebab ada blogger ummiarissa yang bertanya.terima kasih kerana bertanya..=)

so,sekarang saya jawab melalaui entry ini.cerita nya macamni..hihi..Pada awalnya,kami sampai di Mexico ini.saya x jangkakan yang semua barang boleh dapat disini.terutama beras!..minggu pertama disini,hanya makan beras yang cukup-cukup makan yang dibawa oleh Mass.beras tuh,kami asyek masak nasik goreng aje,sebab belum jumpa bahan-bahan mentah.huhu..yang ada hanya la bekalan stok sendiri yang dibawa.susahnya idop!..tapi,alhamdullilah,ada yang masa kami kebetulan,pergi tempat yang ada jual sayuran.mahunya xgembira.Semakin hari,sedikit-sedikit Allah bagi nampak rezeki yang boleh kami guna untuk memasak.Masakan yang pertama yang berlauk saya buat tomyam.sebab perencah ada bawak.Masa tuh,macam nak sujud syukur aje..

Selepas tuh,kami dibawa oleh Madam Miriam ke Walmart untuk beli barang dapur.Alhamdullilah.lagi jumpa bahan-bahan mentah semua.Walaupun ada jugak yang xda.Contoh:mee kuning,saya gunakan spagetthi sebagai alternatif.Kalau yang masak lemak,nasi lemak.Sebab stok untuk santan ada lagi,Mass ada bawak 2 paket yang dah siap,cuma perlu bancuh aje.Kalau ikan bilis,Naim yang bawak.tapi,hari tuh,masa g pasar ada usha-usha,ternampak jugak ikan bilis.Tapi,belum cuba lagi.

Saya tahu makin hari,semuanya stok akan habis.lepas nie,kalau nak masak lemak,kena ganti dengan susu la.macam-macam lagi la.yang pastinya,saya akan cuba cari yang halal.satu lagi,tentang beras.Alhamdullilah,ada jumpa beras.tapi,paket nya kecil.hanya 1 kg.so,xpelah.nasib ada,kalau x,mahunya saya kurus..hihi.tapi,kalau beli,kami beli banyak la.ala,kalau 1 kg untuk 3 orang,3 kali masak aje.tak kesahla.janji perut ini masih dapat makan makanan malaysia.

Kalau tentang ayam,memang kami xmakan.sebab x yakin dengan sembelihannya.tapi,yang berita yang paling menggembirakan setakat ini ialah,pihak u,ada nak bawakkan kitaorang ketempat jual ayam hidup akan datang.so,Naim kata dia tau nak sembelih ayam hidup.moga-moga,dapatla.sebab setakat ini bahan mentah yang utama wajib beli untuk lauk ialah telur,udang dan ikan.

Tentang cili kering pulak,memang eksaited masa jumpa g pasar 3 minggu lepas.terus beli.yela,teringin jugak makan pedas..hehe.2la,asyik masak sambal aje..hehe.takpe,kami bertiga mempunyai minat lauk yang sama.haha~lagi bahan yang kami jumpa ialah halia,bawang putih,bawang merah,asam jawa.banyak lagi.yang paling best,semalam ternampak kicap Maggi pun ada kat Walmart masa borong bahan dapur..huhu

Cukupla kot penerangan saya ini.Sebelum terlupa,saya memang minat memasak.kalau kat umah,memang suka memasak.kalau x caye,tanya Umi saya..hehe~xpelah,hidup disini mengajar saya lebih banyak menimba pengalaman dan mengajar saya erti keibuan..haha~~betol x Mass??haha~

sekian..banyak lagi kot.tapi,x larat nak cerita detail.Malam nie,chef Wan mahu masak ikan masak kicap..-=)
-Terima Kasih Sudi Baca,Diharap Coretan Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua-

2 comments:

umiawadah said...

ok...syafa..terima kasih atas penerangan yang panjang lagi lebar tu...akak pun dah pernah duduk di perantauan kat Jepun dulu...tapi kami tak pernahlah masak sakan macam yang syafa buat ni...terima kasih sekali lagi...sayang adik...muah!

Anonymous said...

ummi..pernah dok jepun ke? bestnye.. syafa, mengajar erti keibuan(syafa) dan erti keanak-anakan(mass)..haha.. da2, p wat homework.kang suzana mengaum pg esok.huhu